Thursday, December 4, 2008

Tahniah , Along

Tahniah Along yang mendapat hadiah untuk matapelajaran terbaik bagi subjek Science.

Kursus Sana Sini

Kursus Pengenalan Dan Perancangan Strategi 2 - 5 Disember Di Coral Fishing Resort , Lumut.
Kursus Keselamatan ICT di Cybersecurity , Mines . 27 November 2008.
Pembinaan Modul ICT di Tiara Beach Resort , 17 - 19 Disember di bawah MOSTI.

Sunday, November 2, 2008

Panggilan Haji


Panggilan haji datang kembali , hari ini kami ke Kompleks Haji Kelana Jaya untuk menghantar Kak Long dan suami berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-mukaramah.Hari ini ada tiga penerbangan haji , KT4 , KT5 dan KT6. Didoakan agar Kak Long dan suami mendapat haji yang mabrur.

Thursday, September 25, 2008

Balik Kampung


Balik kampung. Tentu ramai yang balik kampung hujung minggu ni memandangkan ramai dah mula bercuti sempena Hari Raya tidak lama lagi. Kami akan pulang pada malam raya nanti memandangkan mama masih bekerja pada hari selasa tu.Gambar pokok kelapa bercabang tiga ni diambil di Ladang Bagan Datoh oleh Hakeemi dari dalam kereta. Apa-apapun diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua umat Islam terutamanya kepada rakan-rakan di mana jua anda berada.

Thursday, September 18, 2008

Kursus TMK untuk Guru Besar Hulu Langat


"Zaman dah berubah , dunia dah maju " mungkin dah dengar ungkapan ni dalam iklan Berita Harian. Realitinya memang itulah yang sedang berlaku. Hari ini Guru-guru Besar Daerah Hulu Langat mula berkursus untuk meningkatkan kemahiran di dalam dunia ICT. Selamat berkursus.

Thursday, September 11, 2008

HFMD (Hand,Foot And Mouth Disease)

Minggu lepas Hakeemi mengadu sakit pada mulutnya.Mula-mula ingat ulser biasa , tapi teringat dahulu Hakeemi pernah dapat HFMD. Periksa tangannya ... sah , memang betul . Malam tu terus bawa Hakeemi ke klinik . Doktor menasihatkan Hakeemi di kuarantin sekurang-kurangnya 4 hari. Kepada ibu bapa boleh periksa pada siku , tumit dan di dalam mulut kalau -kalau ada kesan macam ruam cepat-cepat pergi jumpa Doktor.

Boleh rujuk link untuk maklumat lanjut mengenai HFMD.

Friday, August 22, 2008




Hari Rabu lalu kami sekeluarga ke MAHA 2008. Along dan Hakeemi paling seronok. Hakeemi nak jadi "CowboY" , dapat la naik kuda padi . Penat juga berjalan di MAHA ni , maklumlah kawasan ekspo ni luas . Nasib baik pihak penganjur ada menyediakan trem-trem yang boleh dinaiki sepanjang hari dengan tiket Rm 1 sahaja.
Tahniah kepada penganjur yang merialisasikan pameran agro yang terbesar di Asia ini.

Friday, August 15, 2008

Cerita Hari Jumaat


Semalam terima surat untuk taklimat dan peningkatan akademik. Pagi ni dengan semangatnya siap bawa buku nota menuju ke SJK (c) Sungai Way naik Yamaha EGOku.
Sampai , terus daftar nama . Tahniah Tn Hj. Rajli menyapa. Rupa-rupanya majlis pada pagi itu adalah Majlis penyampaian Surat Tawaran Guru Cemerlang Negeri Selangor.

Thursday, August 14, 2008

Cerita Hari Ini


Hari ini ke SMK Pandan Indah , menjadi fasilitator Kursus TMK untuk Pengetua-pengetua Daerah Hulu Langat.