Tuesday, August 20, 2013

Sudah sedia?

Macam mana, sudah sediakah untuk menghadapi UPSR yang akan tiba kira-kira tiga minggu dari sekarang. Cikgu harap semuanya bersedia dan berkeadaan baik menjelang UPSR nanti.

Sebagai persediaan akhir, Cikgu tuliskan sedikit lagi panduan kepada calon-calon UPSR.

1. Baca dan fahami soalan betul-betul.

2. Kesilapan yang biasa terjadi :

    a) Menggunakan istilah / ayat yang salah semasa menjawab soalan.
        Pastikan ayat yang kita tulis sebagai jawapan dapat difahami oleh pemeriksa,
Jangan gunakan bahasa daerah atau loghat yang keterlaluan sehingga boleh menjejaskan maksud jawapan.
Ayat pada jawapan mestilah menggambarkan maksud yang betul.

Contoh:
Sebatang kayu dicacakkan di tengah padang untuk melihat tentang kedudukan dan panjang bayang-bayang,  didapati pada pukul 12.00 tengahari tiada bayang-bayang yang terbentuk. Berikan satu inferens yang dapat dinyatakan.

Contoh jawapan:
12.00 tengahari tiada bayang-bayang terbentuk kerana matahari berada di atas kayu
( X ) jawapan kurang tepat

12.00 tengahari tiada bayang-bayang terbentuk kerana matahari tepat di atas kayu
( / )


3. Jangan lupa untuk melihat kembali fakta dan maklumat yang ada di dalam Buku Teks. Ingat semua perkara yang disoal pasti fakta dan maklumatnya ada di dalam buku ini.

4. Jangan gunakan ayat yang terlalu berbunga untuk menjawab soalan sains. Jawapan 
mesti tepat dan ringkas seperti di dalam panduan yang cikgu tunjukkan.

5. Untuk dapatkan Gred A, perlu sekurang-kurangnya betul 25 soalan bahagian A dan 4/5 di bahagian B.

6. Berikan alasan yang logik dan saintifik dalam menjawab soalan inferens.

7. Bentuk soalan kini semakin mencabar, perhatikan dan fikirkan betul-betul
semasa mencari pembolehubah.