Saturday, December 28, 2019

Mengapa Guru Perlu Menguasai KBAT


APA ITU KBAT?


Keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan , kemahiran dan nilai dalam menbuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan , berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KPM telah mula memperhebatkan KBAT bermula dari 2013.

Tujuan diperkenalkan KBAT

Menyediakan dan mempersiapkan sumber manusia yang mampu untuk bermandiri bagi menghadapi cabaran abad ke 21.

Mengubah amalan penghafalan kepada kefahaman.

Menggalakkan proses penyelesaian dan penemuan.

        


TEKNIK PENYOALAN KBAT

SOALAN BERKESAN

1. Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)

2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)

3. Ringkas ( dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)

4. Memprovokasi pemikiran ( meransang pemikiran dan tindakbalas)

5. Menyoal siasat ( melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)

6. Skop terhad ( soalan yang bercapah akan mengelirukan)

7. Disesuaikan dengan tahap kelas ( wajar dan berbeza)


KESILAPAN UMUM SEMASA MENYOAL

1. Tanya terlalu banyak soalan dalam masa yang sama.

2. Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri.

3.Bertanya hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas sahaja.

4. Bertanya soalan yang sukar terlalu awal.

5. Tanya soalan yang tiada kaitan.

6. Selalu bertanya gunakan jenis soalan yang sama.

7. Memberi masa yang terlalu singkat untuk murid menjawab soalan ( beri masa yang sesuai)




*Bahan berasaskan modul PdP KBAT.