Thursday, September 11, 2014

Panduan menjawab 3

Gambar menunjukan kedudukan ikan yang berada di satu kawasan pada dua waktu yang berbeza.

1. Apakah perkara yang dimalarkan di dalam kajian ini.

Kata kunci soalan ialah dimalarkan. Dimalarkan bermaksud perkara yang serupa/sama yang diperlukan dalam kajian tersebut.

Cadangan jawapan:
Jenis ikan

2. Nyatakan satu maklumat yang dapat diperhatikan.

Kata kunci soalan ialah satu maklumat. Berikan satu sahaja maklumat sama ada pembolehubah dimanipulasi atau bergerakbalas.

Cadangan jawapan:
Kedudukan ikan atau keadaan waktu

3. Berikan inferens yang dapat dinyatakan daripada kajian ini.

Kata kunci soalan ialah inferens. Menyatakan sebab yang logik bagi pemerhatian. Disebabkan cuma ada dua gambar sahaja maka pilihlah mana-mana satu sebagai pemerhatian, namun pilihlah pemerhatian yang kamu boleh fikirkan sebabnya dengan mudah.

Cadangan jawapan:
Ikan berada di dasar pada waktu siang kerana ikan sensitif terhadap cahaya/suhu panas.


Panduan menjawab 2


Jadual menunjukan kejadian fasa-fasa bulan yang dapat diperhatikan oleh Ali dalam tempoh 25 hari.

1. Nyatakan inferens yang dapat dibuat daripada pemerhatian tersebut.

Kata kunci soalan ini ialah inferens. Pilih pemerhatian yang menunjukan fasa bulan yang paling besar iaitu pada 15 haribulan, kemudian berikan sebab yang logik.

Cadangan jawapan:
Pada 15 haribulan keadaan Bulan penuh kelihatan kerana ia merupakan fasa bulan purnama.

2. Apakah corak yang dapat diperhatikan pada perubahan fasa-fasa bulan.

Kata kunci soalan ialah corak. Nyatakan corak yang dapat dilihat sehingga 25 haribulan.

Cadangan jawapan:
Menaik dan menurun

3. Berikan maklumat yang perlu dikumpulkan.

Kata kunci solan ialah maklumat. Berikan dua pembolehubah yang dapat dikenalpasti. Lihat maklumat yang berbeza kemudian fikirkan kaitannya.

Cadangan jawapan :
Pembolehubah dimanipulasi :Bilangan haribulan
Pembolehubah bergerakbalas: Kejadian fasa-fasa Bulan

4. Nyatakan hubungan di antara maklumat yang telah dikumpulkan tadi

Kata kunci soalan ialah hubungan. Nyatakan perkaitan antara dua maklumat tadi. Cuma perlu berhati-hati kerana perlu nyatakan perkaitan yang betul mengikut corak yang dapat dilihat.

Cadangan jawapan:
Semakin haribulan bertambah sehingga 15 haribulan, semakin meningkat keadaan fasa-fasa bulan dan kemudian menurun sehingga 25 haribulan.

Thursday, September 4, 2014

Istilah Dan Maksud

Spora - Cara pembiakan bagi tumbuhan yang tidak berbunga seperti paku-pakis dan cendawan.
Graviti - Daya tarikan yang menyebabkan semua benda tertarik ke arah Bumi.
Bahan Sintetik - Bahan yang dibuat melalui proses kimia.
Bahan Semulajadi - Bahan yang berasal daripada alam semulajadi (Tumbuhan, batuan, haiwan, logam).
Tenaga Kinetik - Tenaga yang ada pada setiap objek yang bergerak.
Pengeluar - Tumbuhan di dalam rantai makanan.
Kemandirian - Cara mengekalkan kehidupan agar tidak pupus.
Pengawetan - Cara bagaimana memelihara bahan agar tidak rosak.
Konduktor elektrik - Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.(besi, aluminium )
Konduktor haba - Bahan yang boleh mengalirkan haba.(logam)
Penebat elektrik - Bahan yang menghalang arus elektrik mengalir. (kaca, batu, kayu, getah)
Penebat haba - Bahan yang menghalang haba mengalir (kaca, kayu.
Pupus - Sudah tidak wujud lagi di dunia.
Akumulator - Sel basah (Bateri kereta,lori)
Karnivor - Makan daging dan haiwan lain.
Omnivor - Makan daging dan tumbuhan
Herbivor - Makan tumbuhan sahaja.
Nyahtinja - Buang air besar.
Buruj - gugusan bintang yang membentuk corak tertentu di langit dan menunjukan arah.
Tenaga yang boleh diperbaharui - Tenaga yang boleh didapati semula selepas digunakan.
Stabil - Tidak mudah tumbang.
Kekuatan - Kukuh.
Rantai makanan - Hubungan makanan antara hidupan.
Perkumuhan - Proses penyingkiran bahan yang tidak digunakan oleh badan melalui kulit,peparu dan ginjal.
Binokular - Teropong.
Mikroskop - Alat untuk melihat mikroorganisma.
Stetoskop - Alat yang digunakan oleh doktor untuk mendengar degupan jantung.
Teleskop - Alat untuk melihat objek yang terlalu jauh seperti bintang dan bulan.
Periskop - Alat untuk melihat objek disebalik tembok ( seperti digunakan pada kapal selam)




Wednesday, September 3, 2014

Manafaatkan Eduweb TV sebagai persediaan akhir

Assalamualaikum, sudah sedia. Kepada semua calon-calon UPSR masa kini tinggal cuma 5 hari sahaja lagi sebelum UPSR 2014 bermula.
Dalam kesuntukan waktu ini cikgu cadangkan kepada semua calon untuk memanafaatkan Eduweb TV. Lihatlah video bagi semua topik-topik yang pernah dipelajari dahulu.
Lihatlah video-video ini berulang kali sehingga ia betul-betul melekat di dalam ingatan sebagai usaha di saat-saat akhir ini.
Layari eduweb TV di pautan http://www.eduwebtv.com/ .

Lihat, dengar dan faham.

Friday, July 18, 2014

Memahami Sebab Dan Kesan

Murid saya sering mengadu mereka tidak dapat mengenalpasti pembolehubah pada soalan yang hanya menunjukkan gambar sahaja.

Contoh:
Bagaimana hendak mengenalpasti pembolehubah yang terlibat?

Mudah sahaja. Cuba kenalpasti perbezaan.

1. Suhu purata berbeza.
2. X ada hidupan sementara Y tiada.

Kemudian cuba fikirkan tentang sebab dan kesan. Apa yang menyebabkan ada hidupan di X dan tiada hidupan di Y.

Sebab : Suhu yang sesuai
Kesan : Hidupan boleh hidup.

Jadi , pembolehubah dimanipulasi ialah Keadaan Suhu  dan yang bergerak balas ialah keadaan hidupan.

Menjawab soalan pemerhatian lain.

Soalan ini boleh dikategorikan sebagai soalan beraras tinggi. Bagi menjawab jenis soalan ini murid perlu berfikir dengan lebih kritis bagi mendapatkan jawapan.
Bagaimana hendak mengenal soalan jenis ini?
Soalan jenis pemerhatian lain dapat kita kenalpasti dengan mengenal kata kunci tertentu.

Contoh ayat soalan yang memerlukan calon memberikan pemerhatian lain:

1. Berikan satu lagi pemerhatian yang dapat diberikan...
2. Nyatakan pemerhatian lain yang dapat diperhatikan.....
3. Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab di .....

*ayat yang digariskan menunjukkan calon perlu memberi satu lagi pemerhatian selain daripada yang telah diberi.

Bagaimana hendak menjawab?
Caranya ialah, tuliskan apa yang nampak dengan mata kasar tentang perkara yang berlaku.
Perkara yang tidak dapat dilihat tidak boleh dijadikan pemerhatian.


CONTOH:
 
1. Berikan dua sebab (inferens) mengapa lalat dalam balang mati.

  a) Lalat dalam balang mati kerana tiada makanan.
  b) Lalat dalam balang mati kerana kekurangan udara.

2. Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab ( inferens) di soalan 1.

   Kamu mesti tulis apa yang kamu dapat lihat yang berlaku pada lalat yang
   membuktikan ia tidak  mendapat makanan atau air.

cadangan jawapan:

   Lalat kelihatan lemah dan tidak boleh terbang.

Monday, May 26, 2014

Melatih Murid Untuk Berfikir

Daripada pemerhatian saya, kita kini lebih banyak meminta murid menghafal fakta daripada menerapkan kemahiran berfikir.
Hasil daripada itu, murid gagal menjawab soalan beraras tinggi dengan tepat. Untuk makluman semua, 30 % item ujian kini adalah dalam bentuk "HOTS".
Oleh itu adalah sangat digalakkan kepada semua guru-guru sains untuk membudayakan amalan "inkuiri" di dalam PdP sains di sekolah.
Terdapat empat jenis inkuiri yang telah diperkenalkan:
1. Inkuiri berpandu.
2.Inkuiri berstruktur.
3.Inkuiri pengesahan.
4.Inkuiri terbuka.


Monday, May 19, 2014

Tuesday, April 29, 2014

KATA KERJA BERASASKAN TAXONOMY BLOOM

ARAS TAXONOMY BLOOM YANG DISEMAK SEMULA

Contoh kata kerja yang sesuai digunakan di dalam soalan mengikut Taxonomy Bloom.







 
 

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS




Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.

APA ITU KBAT


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.  



1.     Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman

2.     Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan
        mencipta)

3.     Mewajarkan penyelesaian dan penemuan

4.     Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
  



TEKNIK PENYOALAN

SOALAN BERKESAN


1.      Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)

2.      Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)

3.      Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)

4.      Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)

5.      Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)

6.      Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)

7.      Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)

KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN


1.      Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama

2.      Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri

3.      Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas

4.      Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal

5.      Tanya soalan yang tidak ada kaitan

6.      Selalu tanya jenis soalan yang sama

7.      Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan



*Bahan berasaskan modul PdP KBAT.