Monday, August 8, 2016

Menjawab soalan mengikut rangsangan/stimulus soalan

Perlu di ingatkan, jawapan bagi setiap soalan perlu merujuk kepada rangsangan/stimulus soalan dengan betul.

Contoh:




Rangsangan soalan menunjukkan satu bahagian basikal yang dilabel dengan tanda X. Murid perlu tahu dan faham bahawa bahagian tersebut ialah rantai pada basikal. Apakakah kaedah yang paling sesuai untuk mengelakkan rantai basikal daripada berkarat?

Jawapan betul : Menyapu minyak pelincir pada bahagian tersebut.

Jawapan salah : Mengecat bahagian tersebut.

Walaupun kaedah mengecat boleh mencegah pengaratan namun ia tidak sesuai diaplikasikan pada rantai basikal.

Ingat, murid-murid. Perhatikan rangsangan/stimulus soalan betul-betul. Selamat menjawab.

Panduan menjawab soalan membina jadual atau graf

1. Pastikan kehendak soalan , jika diminta membuat jadual pastikan jawapan dalam bentuk jadual , jika diminta membuat graf pastikan jawapan dalam bentuk graf. Ingat jangan tersilap.
2. Bina jadual/graf guna pembaris.
3. Pastikan tajuk jadual/ graf betul (jika ada unit , nyatakan dengan betul.
4. Pindahkan maklumat dengan betul.

contoh:

jawapan: