Friday, August 22, 2008




Hari Rabu lalu kami sekeluarga ke MAHA 2008. Along dan Hakeemi paling seronok. Hakeemi nak jadi "CowboY" , dapat la naik kuda padi . Penat juga berjalan di MAHA ni , maklumlah kawasan ekspo ni luas . Nasib baik pihak penganjur ada menyediakan trem-trem yang boleh dinaiki sepanjang hari dengan tiket Rm 1 sahaja.
Tahniah kepada penganjur yang merialisasikan pameran agro yang terbesar di Asia ini.

Friday, August 15, 2008

Cerita Hari Jumaat


Semalam terima surat untuk taklimat dan peningkatan akademik. Pagi ni dengan semangatnya siap bawa buku nota menuju ke SJK (c) Sungai Way naik Yamaha EGOku.
Sampai , terus daftar nama . Tahniah Tn Hj. Rajli menyapa. Rupa-rupanya majlis pada pagi itu adalah Majlis penyampaian Surat Tawaran Guru Cemerlang Negeri Selangor.

Thursday, August 14, 2008

Cerita Hari Ini


Hari ini ke SMK Pandan Indah , menjadi fasilitator Kursus TMK untuk Pengetua-pengetua Daerah Hulu Langat.