1. Jangan menjawab dengan sebab yang terlalu umum.
Contoh:
Di dalam satu penyiasatan mengenai pertumbuhan mikroorganisma, Amin mendapati roti yang dititiskan air akan berkulat selepas tiga hari berbanding dengan roti yang tidak dititiskan dengan air.
Berdasarkan ujikaji Amin nyatakan satu inferens yang dapat dinyatakan
Betul: Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana mikroorganisma perlukan air untuk tumbuh.
Salah : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang berbeza-beza.
Salah : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang sesuai.
Betul : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan lembab membolehkan kulat tumbuh