Monday, January 28, 2013

Menjawab soalan "Pemerhatian"

Kali ini cikgu akan terangkan bagaimana untuk menjawab soalan pemerhatian.  Soalan bentuk pemerhatian akan berbunyi begini,
contoh 1 :" apakah yang dapat kamu perhatikan......." ,
contoh 2: "daripada jadual , nyatakan pemerhatian yang dapat diperhatikan"

lihat contoh soalan 2 di atas, ini adalah bentuk soalan pemerhatian. Ingat kata kunci menjawab soalan pemerhatian adalah ____(apa)____paling____(corak/pola)___.

maka jawapannya ialah : Jenis landasan (B) berminyak paling jauh jarak dilalui.

Boleh.....senangkan.

Kata kunci soalan yang perlu diingat


Salam 2013

Assalamualaikum, bertemu lagi di tahun baru. Insyaallah cikgu akan kongsikan lagi pada tahun ini tips untuk menjawab soalan terutamanya soalan sains UPSR. Setakat ini masih tiada lagi perubahan untuk format soalan. Ada juga ibu bapa yang bertanya, bolehkah menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris sedangkan di sekolah untuk Tahun 6 diajar dalam Bahasa Melayu dan buku teks juga sudah dalam Bahasa Melayu, jawapannya BOLEH. Tiada masalah, calon masih lagi boleh menjawab menggunakan Bahasa Melayu/Ibunda atau Bahasa Inggeris.

Friday, August 31, 2012

Sudah sedia?

Assalamualaikum, macam mana sekarang, tinggal lebih kurang seminggu lebih sikit sahaja UPSR akan bermula.Sudah sedia, sepatutnya sudahkan. Namun begitu jangan putus asa masih ada sedikit masa. Dalam masa yang sedikit ini cuba banyakkan latihan latihtubi. Cuba cari dan dapatkan soalan percubaan dari negeri-negeri lain. Ingat, Soalan bahagian A Science topik paling banyak yang akan keluar ialah daripada topik-topik Tahun 4 dan 5. Ingat semula fakta-fakta yang ada di dalam buku teks. Bagi bahagian B ingat kata kunci bagi setiap soalan, bukannya banyak ada 8 je.Ingat bahagian B memerlukan latihan untuk menguatkan kemahiran.Cuba intai-intai semula nota-nota cikgu dalam blog ini. Harap dapat membantu. Selamat menduduki UPSR, cikgu doakan semua akan berjaya. Amin.

Tuesday, July 17, 2012

Formula H dan T

Gunakan Formula H dan T untuk menjawab soalan Hubungan dan Tujuan. Formula ini dapat mengurangkan kesalahan dan kekeliruan menjawab soalan Hubungan Dan Tujuan.

Friday, March 16, 2012

Jangan Keliru



Assalamualaikum,Jangan keliru. Topik cikgu kali ini.
Apa yang cikgu maksudkan ialah kekeliruan bagi menjawab soalan bentuk hubungan/relationship dan tujuan/aim

Perhatikan betul-betul :

Kata kunci menjawab soalan hubungan : semakin ______ semakin _________.

Kata kunci menjawab soalan tujuan : Untuk mengkaji hubungan diantara ________dan _______

Kekeliruan biasanya terjadi kerana kata kunci menjawab soalan tujuan mengandungi perkataan "hubungan" lalu ramai calon menjawab soalan "hubungan" tetapi menggunakan kata kunci bagi menjawab soalan "tujuan".

Contoh penyataan : Di dalam satu penyiasatan di dapati pertumbuhan kawasan industri telah menyebabkan pertambahan pesakit asma di satu kawasan.

soalan hubungan : Apakah hubungan yang dapat di tulis, berdasarkan penyataan di atas.

Jawapan betul : Semakin banyak kawasan industri semakin bertambah pesakit asma

soalan tujuan : Apakah tujuan kajian ini dijalankan?

Jawapan betul : Untuk mengkaji hubungan diantara pertumbuhan kawasan industri dan bilangan pesakit asma

Pesan cikgu, ingat jangan KELIRU. Baca kata kunci bagi soalan betul-betul.

Saturday, March 3, 2012

Ceramah Teknik Menjawab Sains (018)


3 Mac 2012. Menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan Sains di SK Pulau Meranti, Puchong. Diharap murid yang mengikutinya akan dapat menjawab dengan cemerlang di dalam ujian dan peperiksaan nanti. Terima kasih SK Pulau Meranti yang menjemput cikgu.