Saturday, July 6, 2013

Undangan dari Ustaz Wan Akasyah

Seminar anjuran Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato' Siti Norbahiyah
Peserta yang datang dari pelusuk negeri
Fakulti Pengajian Islam

Alhamdulillah selesai memenuhi undangan daripada Ustaz Wan Aqasah sebagai penceramah teknik menjawab soalan Sains UPSR di Fakulti Pengajian Islam , UKM Bangi.



Tuesday, June 4, 2013

TIPS 2 - Inferens yang perlu buat perbandingan mesti dibandingkan

Ada inferens yang perlu dibuat dalam bentuk perbandingan dan perbandingan itu mesti dinyatakan dalam jawapan.

Contoh:
 Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya daripada ikan peliharaan Pak Abu. Berdasarkan pemerhatian ini nyatakan inferens yang sesuai tentang perbezaan saiz ikan peliharaan Pak Ali dan Pak Abu.

Salah : Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti.
* contoh jawapan ini salah kerana perbandingan tidak dinyatakan dalam jawapan.

Betul : Ikan peliharaan Pak Ali lebih besar saiznya kerana diberikan makanan yang berkualiti berbanding ikan peliharaan Pak Abu.

Sunday, May 26, 2013

TIPS 1- Jangan berikan alasan yang umum dalam menjawab soalan inferens

1. Jangan menjawab dengan sebab yang terlalu umum.

Contoh:
Di dalam satu penyiasatan mengenai pertumbuhan mikroorganisma, Amin mendapati roti yang dititiskan air akan berkulat selepas tiga hari berbanding dengan roti yang tidak dititiskan dengan air.

Berdasarkan ujikaji Amin nyatakan satu inferens yang dapat dinyatakan

Betul: Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana mikroorganisma perlukan air untuk tumbuh.

Salah : Roti yang dititiskan air ditumbuhi  kulat kerana keadaan roti yang berbeza-beza.
Salah : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan roti yang sesuai.

Betul : Roti yang dititiskan air ditumbuhi kulat kerana keadaan lembab membolehkan kulat tumbuh

Friday, April 26, 2013

SK Taming Jaya




Moga murid di SK Taming Jaya akan dapat menjawab soalan UPSR kertas sains dengan cemerlang

Saturday, April 20, 2013

SK Setiwangsa (Sekolah Berprestasi Tinggi)

Alhamdulillah , selamat menyampaikan Teknik Menjawab Soalan Sains di sini.
SK Setiawangsa

Tekun mendengar 
Terima kasih kepada semua murid dan guru SK Setiawangsa

Monday, March 25, 2013

Baca dan fahami soalan betul-betul

Selesai sudah Ujian Fasa 1 dalam bulan Mac, daripada post mortem yang dijalankan masih ada murid terkeliru dalam mencari pembolehubah dimanipulasi dan menyebabkan jawapan menjadi salah.

Contoh:
Ali dan Amin telah menjalankan satu ujikaji mengenai jumlah yis yang dicampurkan ke dalam adunan doh dan ketinggian doh itu mengembang.

                      Doh A                                   Doh B                                  Doh C
                     ( 3 g yis )                              ( 4 g yis)                                (5 g yis)

Keputusan selepas 30 minit adalah seperti berikut:

                           Doh                             A                         B                              C
                           Ketinggian Doh            4 cm                   5 cm                          6 cm

Kekeliruan yang terjadi:
Ramai calon menyatakan Adunan Doh sebagai pembolehubah dimanipulasi ( X )

Jawapan sebenar : Dimanipulasi ialah Jumlah Yis.

Ingat, pembolehubah dimanipulasi mestilah boleh mempengaruhi pembolehubah bergerakbalas.
Dalam kes ini, jumlah yislah yang telah mempengaruhi ketinggian doh  dan bukannya adunan doh.

1. Apakah tujuan ujikaji ini dijalankan, cuba jawab.

Wednesday, February 6, 2013

Formula T , H dan ABC


Formula H untuk soalan hubungan/kesimpulan , Formula T untuk soalan tujuan/tajuk dan Formula A,B,C untuk soalan pemerhatian biasa.