Tuesday, April 29, 2014

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS




Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs) adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT bermula Januari 2013.

APA ITU KBAT


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.  



1.     Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman

2.     Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan
        mencipta)

3.     Mewajarkan penyelesaian dan penemuan

4.     Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
  



TEKNIK PENYOALAN

SOALAN BERKESAN


1.      Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan tertentu)

2.      Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)

3.      Ringkas (dinyatakan dengan perkataan yang mungkin)

4.      Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran dan tindak balas)

5.      Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)

6.      Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)

7.      Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)

KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN


1.      Tanya terlalu banyak soalan pada masa yang sama

2.      Tanya soalan kemudian menjawabnya sendiri

3.      Tanya soalan hanya kepada pelajar yang pandai di dalam kelas

4.      Tanyakan soalan yang sukar terlalu awal

5.      Tanya soalan yang tidak ada kaitan

6.      Selalu tanya jenis soalan yang sama

7.      Memberi masa untuk murid berfikir sebelum menjawab soalan



*Bahan berasaskan modul PdP KBAT.

Monday, February 10, 2014

Kemahiran Membuat Pemerhatian

Membuat pemerhatian merupakan salah satu dari kemahiran proses sains yang perlu dikuasai oleh murid. Aktiviti memerhati membolehkan kita mengumpul maklumat dan data untuk diproses supaya sebarang keputusan dapat dibuat dengan betul.
Kebiasaannya di dalam soalan ujian, soalan pemerhatian akan diikuti dengan soalan inferens, oleh itu adalah penting bagi murid untuk menyatakan pemerhatian yang betul.



Inferens Berbanding II

Murid perlu membuat perbandingan di dalam jawapan inferens. Jika perbandingan tidak dinyatakan maka jawapan kamu tidak diberi markah walaupun kamu memberikan alasan yang betul.

Contoh:

Soalan UPSR 2013


Perlu diingatkan kepada murid, perbandingan perlu dibuat selepas inferens dan bukannya pada pemerhatian.
Cuba lihat contoh jawapan ini.

Betul:
Kaedah lesung dan alu masa diambil untuk menghancurkan cili lebih lama kerana ia alat tradisional berbanding pengisar alat moden.

Salah:
Kaedah lesung dan alu masa diambil untuk menghancurkan cili lebih lama berbanding pengisar kerana ia alat tradisional.
                                       
Dapat cari perbezaannya tak?