Monday, July 19, 2010

Kesilapan yang sering calon lakukan ketika menjawab Bahagian B Science

1. Menyatakan pemerhatian yang salah.

2. Salah kenalpasti pembolehubah/variable.

3. Kesalahan menggunakan istilah.Berhati-hati dengan istilah agar maksud tidak berubah.Mentol hidup atau Mentol menyala?

4.Sebab/alasan yang diberikan terlalu umum bagi soalan inferens.

Kurang tepat: Pokok mati kerana tidak mendapat keperluan asas yang cukup.

Tepat : Pokok mati kerana tidak dapat cahaya matahari.

Science UPSR 2012

Assalamualaikum pada semua anak murid cikgu.
UPSR tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi, sudah sedia?
Di sini mari kita bincangkan sedikit teknik untuk menjawab soalan Science / 018.

Bahagian A
1. Pastikan kamu kuasai semua fakta dan kandungan yang ada di dalam buku teks sains. Semua soalan yang akan keluar tidak mungkin lari dari topik dan kandungan yang ada di dalam buku teks dan sukatan pelajaran.

2.Kuasai dahulu kandungan buku teks dan sukatan kemudian barulah beralih pada buku rujukan lain.

3.Ingat ! hanya fakta yang ada dalam buku teks dan sukatan sahaja yang akan diuji, jadi elakkan dari mengingat fakta yang tidak perlu/belum perlu.
- Banyak soalan yang akan ditanya adalah dari kandungan Tahun 4 dan Tahun 5. Jadi, ulangkaji tajuk-tajuk pada tahun tersebut.

Bahagian B
1.Perkara pertama baca soalan betul-betul dan kenalpasti pembolehubah.

2.bulatkan/tandakan pembolehubah yang dikenalpasti (ingat, jangan salah memilih pembolehubah).

3.Ingat kata kunci bagi setiap jawapan:

Inferens [.....(pemerhatian)..... kerana ..........(sebab/alasan)......]

hubungan [ semakin ........(wtc).......semakin........(wto).......]
[ jika .......(wtc)......maka....(wto)....]

* ingat , sesuatu mesti berlaku dahulu barulah kesannya dapat dilihat.
Betul : makan dahulu barulah kenyang.
Salah : kenyang dahulu baru makan.

Tujuan [ untuk menyiasat hubungan di antara ....(wtc)....... dan .......(wto)......]

4. Bagi jawapan untuk soalan Rumusan atau Kesimpulan, kamu boleh berikan jawapan seperti menjawab soalan hubungan (jika ada trend yang boleh di ukur) . Sekiranya tiada pemerhatian yang dapat diukur, berikan jawapan kamu dalam bentuk fakta.

5. Pastikan trend bagi soalan Pola ditulis mengikut trend yang dapat diperhatikan ( jangan tertinggal).

Pesanan Cikgu

1. Ingat, tujuan ujian atau peperiksaan bukan untuk menggagalkan kamu.

2. Buat persediaan dan sentiasa berfikiran positif.

3. Tanya guru jika tidak faham serta-merta.

4. Ilmu ibarat seekor kijang , jika ia tidak ditambat akan larilah ia, maka catatlah semua perkara yang penting.

Jika kamu ada sebarang pertanyaan , khususnya bagi kertas Science / 018, emelkan pada cikgu di alamat mohdabaidi@gmail.com.

SAMPAI JUMPA LAGI.


Monday, January 11, 2010

Go Malaysia....



Sudah agak lama tidak menulis di blog ini, maklumlah hujung-hujung tahun. Go Malaysia, teruskan perjuangan bola sepak tanah air. Tahniah kepada anak buah Rajagopal yg sejak akhir-akhir ini menunjukkan semangat bolasepak yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tanah air. Diharapkan perkembangan sihat ini dapat bertahan lama.Buat penyokong, teruskanlah sokongan anda......bravo..

Wednesday, June 24, 2009

Ke Negara Matahari Terbit

Alhamdulillah setelah berjaya dalam temuduga dan ujian bertulis, dengan tajaan JPA dan JICA maka saya bersama sekumpulan rakan guru dari Malaysia telah terpilih untuk rancangan kerjasama Malaysia-Jepun di bawah Projek Pandang Ke Timur, telah membawa kami ke negara matahari terbit ini. Selama seminggu sebelum terbang, kami telah mengikuti program orientasi dan intensif Bahasa Jepun.
Di Negara Jepun, mereka sangat menggalakkan supaya kita berbahasa Jepun dengan mereka berbanding menggunakan bahasa lain.

Didalam program ini, kami kumpulan guru-guru dari Malaysia telah diberikan peluang bertemu dengan rakan-rakan guru dari negara Jepun dan seterusnya bertukar-tukar pengalaman.
Kami juga berpeluang untuk melawat sekolah-sekolah dan universiti di sana, mengadakan bengkel dan forum bersama pegawai-pegawai dari Jepun.
Kami juga telah diberikan peluang untuk menjelajah ke selatan Jepun iaitu ke sebuah daerah bernama Kumamoto. Saya juga berkesempatan berada di sisi kawah Gunung berapi yang masih aktif.
Banyak pengalaman dapat ditimba daripada program ini, mengenali budaya masyarakat Jepun di dalam program home stay dan pelbagai lagi.


Di Osaka, kami ditempatkan di Osaka International Centre, dimana dipusat ini disediakan kemudahan penginapan untuk peserta program dari pelbagai negara.
Tidak dapat dinafikan, warga Jepun memang sangat berdisiplin.Menepati masa umpama maruah bagi mereka.Kita juga tidak akan melihat pelintas jalan kaki menyeberangi jalanraya sesuka hati kecuali di tempat yang dibenarkan.

Di Kumamoto saya dapat melihat ikan koi yang cantik dapat hidup di dalam longkang besar di bandar itu, cuba bayangkan betapa bersihnya longkang itu. Akhir tulisan...sayonara...arigato gozaimasu.


Friday, June 12, 2009

Ke Pulau Pinang

Selesai sahaja menghadiri majlis perkahwinan Shukri, kami ke Pulau Pinang.Seronok juga naik feri, pengalaman pertama buat Hakeemi dan Nurfatin.

SMK SERI PERAK , TELUK INTAN


Balik kampung semasa cuti semester lalu, belek-belek khazanah lama, lalu terjumpalah name tag masa belajar di SM Seri Perak dahulu. sesungguhnya Seri Perak banyak menyimpan kenangan, maklumlah bermula dari tingkatan 1 (1987) sehingga 6 atas (1994) aku bersekolah disini dan tinggal di asrama.Buat guru-guruku semua (Cikgu Roslan,Cikgu Yusof,Cikgu Zahari,Cikgu Noraini,Cikgu Masri,Cikgu Hasyim,Cikgu Nuri,Cikgu Lobo,Cikgu Abdullah Merra,Cikgu Harlina,Cikgu Mazlina,) ramai lagi, terima kasih . Mewakili SMSP dalam acara bola sepak dan sofball adalah sangat bermakna , menjadi Penolong Ketua Murid semasa di tingkatan 6 dan pengerusi PPTE. Menjadi pengiring Muhammad semasa mewakili sekolah dan negeri di pertandingan Pidato Piala Diraja memberi banyak pengalaman.Kepada rakan-rakan persekolahan dahulu, kenangan bersama kalian sangat mengembirakan.

Tuesday, May 19, 2009

Kursus Pendedahan Emis Online Bagi Jurulatih Utama Daerah Negeri Selangor



Bertempat di Hotel Seri Malaysia , Bagan Lalang. Selepas ini guru-guru data akan mengemaskini data sekolah masing-masing secara real-time di dalam talian. Selamat menggunakan emis online.