Friday, August 31, 2012
Sudah sedia?
Assalamualaikum, macam mana sekarang, tinggal lebih kurang seminggu lebih sikit sahaja UPSR akan bermula.Sudah sedia, sepatutnya sudahkan. Namun begitu jangan putus asa masih ada sedikit masa.
Dalam masa yang sedikit ini cuba banyakkan latihan latihtubi. Cuba cari dan dapatkan soalan percubaan dari negeri-negeri lain.
Ingat, Soalan bahagian A Science topik paling banyak yang akan keluar ialah daripada topik-topik Tahun 4 dan 5. Ingat semula fakta-fakta yang ada di dalam buku teks.
Bagi bahagian B ingat kata kunci bagi setiap soalan, bukannya banyak ada 8 je.Ingat bahagian B memerlukan latihan untuk menguatkan kemahiran.Cuba intai-intai semula nota-nota cikgu dalam blog ini. Harap dapat membantu.
Selamat menduduki UPSR, cikgu doakan semua akan berjaya. Amin.
Tuesday, July 17, 2012
Formula H dan T
Gunakan Formula H dan T untuk menjawab soalan Hubungan dan Tujuan.
Formula ini dapat mengurangkan kesalahan dan kekeliruan menjawab soalan Hubungan Dan Tujuan.
Friday, March 16, 2012
Jangan Keliru

Assalamualaikum,Jangan keliru. Topik cikgu kali ini.
Apa yang cikgu maksudkan ialah kekeliruan bagi menjawab soalan bentuk hubungan/relationship dan tujuan/aim
Perhatikan betul-betul :
Kata kunci menjawab soalan hubungan : semakin ______ semakin _________.
Kata kunci menjawab soalan tujuan : Untuk mengkaji hubungan diantara ________dan _______
Kekeliruan biasanya terjadi kerana kata kunci menjawab soalan tujuan mengandungi perkataan "hubungan" lalu ramai calon menjawab soalan "hubungan" tetapi menggunakan kata kunci bagi menjawab soalan "tujuan".
Contoh penyataan : Di dalam satu penyiasatan di dapati pertumbuhan kawasan industri telah menyebabkan pertambahan pesakit asma di satu kawasan.
soalan hubungan : Apakah hubungan yang dapat di tulis, berdasarkan penyataan di atas.
Jawapan betul : Semakin banyak kawasan industri semakin bertambah pesakit asma
soalan tujuan : Apakah tujuan kajian ini dijalankan?
Jawapan betul : Untuk mengkaji hubungan diantara pertumbuhan kawasan industri dan bilangan pesakit asma
Pesan cikgu, ingat jangan KELIRU. Baca kata kunci bagi soalan betul-betul.
Saturday, March 3, 2012
Ceramah Teknik Menjawab Sains (018)
Tuesday, July 5, 2011
Mencari pembolehubah dalam masa 5 saat
Langkah 1
Cari perkara yang tak sama
Langkah 2
Tentukan yang mana berlaku dahulu sebagai (Wtc) yang berlaku kemudian sebagai (Wto)
Contoh:
Ali telah menjalankan satu ujikaji tentang keperluan haiwan terhadap makanan.Dua ekor tikus yang sama diletakan di dalam sangkar A dan B. Sangkar A diberikan makanan sementara sangkar B tidak. Selepas 7 hari di dapati tikus A hidup dan B mati.
Boleh cari (WTC) dan (WTO) ?
Perkara yang berbeza = 1. A ada makanan , B tiada makanan.
2. A hidup , B mati.
Di antara kehadiran makanan dan keadaan tikus selepas 7 hari, mana yang berlaku dahulu? Sudah tentulah makanan datang dulu diikuti dengan keadaan tikus.
Pemboleh ubah dimanipulasi (Wtc) = Kehadiran Makanan
Pembolehubah bergerakbalas (Wto) = Keadaan Tikus

Tuesday, June 14, 2011
Bagaimana menjawab soalan inferens
Apa itu inferens? Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan.
Tips menjawab:
1. kenalpasti jenis inferens, jitu atau bebas.
2. Tulis pemerhatian.
3. Jangan lupa kata hubung "kerana"
Contoh : (Pokok X mati) kerana (tidak mendapat air)
(pemerhatian) (alasan)
Apa maksud inferens jitu.
- Hanya satu sahaja alasan yang boleh diterima.
Apa maksud inferens bebas.
-Boleh beri lebih dari satu alasan yang logik dan saintifik.

Thursday, March 31, 2011
Bahagian A

Berikut adalah graf yang menunjukkan pecahan soalan yang keluar dalam bahagian A mengikut Tahun mulai dari tahun 2007 hingga 2010. Jadi bolehlah kita membuat penilaian dan persediaan berkenaan kepentingan topik mengikut Tahun.
Ingat, setiap fakta perlu diketahui dan dikuasai.Mulai sekarang murid-murid Tahun 6, selak-selaklah buku teks Tahun 4 dan 5.
Subscribe to:
Posts (Atom)