Sunday, August 18, 2019

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS (018/2) KERTAS 2




Saturday, January 12, 2019

Terima kasih VleFROG

Kuiz-kuiz yang cikgu tulis telah dipilih untuk dimuatkan di dalam koleksi soalan-solan di dalam VleFrog. Apa lagi murid-murid jom lompat bersama Frog.


Buku-buku Tulisan Cikgu

Boleh dapatkan di pasaran terbitan Syarikat  Pelangi dan Bagus.Moga dapat membantu











Soalan semakin mencabar?

Betulkah, tidak dinafikan ada perubahan pada bentuk soalan yang disoal dalam kertas peperiksaan pada hari ini.
Sesuai dengan peredaran semasa dan cabaran abad ke 21 ini, mahu atau tidak kita perlu berubah. Perubahan minda dan fizikal perlu seiring dengan zaman bagi menjamin kemandirian kita di masa hadapan.
Bagi guru-guru, tingkatkan kemahiran dalam menangani cabaran Pdpc  pada hari ini.

Selamat  Maju Jaya Semua.


Wednesday, January 2, 2019

Selamat Datang 2019

Sudah agak lama cikgu tidak menulis, insyallah tahun 2019 ini akan cikgu kongsikan bahan-bahan terkini khususnya dalam subjek Sains.

Monday, August 8, 2016

Menjawab soalan mengikut rangsangan/stimulus soalan

Perlu di ingatkan, jawapan bagi setiap soalan perlu merujuk kepada rangsangan/stimulus soalan dengan betul.

Contoh:




Rangsangan soalan menunjukkan satu bahagian basikal yang dilabel dengan tanda X. Murid perlu tahu dan faham bahawa bahagian tersebut ialah rantai pada basikal. Apakakah kaedah yang paling sesuai untuk mengelakkan rantai basikal daripada berkarat?

Jawapan betul : Menyapu minyak pelincir pada bahagian tersebut.

Jawapan salah : Mengecat bahagian tersebut.

Walaupun kaedah mengecat boleh mencegah pengaratan namun ia tidak sesuai diaplikasikan pada rantai basikal.

Ingat, murid-murid. Perhatikan rangsangan/stimulus soalan betul-betul. Selamat menjawab.

Panduan menjawab soalan membina jadual atau graf

1. Pastikan kehendak soalan , jika diminta membuat jadual pastikan jawapan dalam bentuk jadual , jika diminta membuat graf pastikan jawapan dalam bentuk graf. Ingat jangan tersilap.
2. Bina jadual/graf guna pembaris.
3. Pastikan tajuk jadual/ graf betul (jika ada unit , nyatakan dengan betul.
4. Pindahkan maklumat dengan betul.

contoh:

jawapan: