TIPS.
1.Menyatakan pemerhatian lain yang dapat dinyatakan.
2.Tidak boleh mengulang semula pemerhatian utama yang telah dinyatakan.
3. Tulis jawapan berdasarkan deria yang sesuai bagi pemerhatian :
a) Mata (lihat).
b) Telinga ( dengar)
c) Kulit ( sentuh)
e) Hidung (bau)
f) Lidah (rasa)
Contoh:
Kasih telah menanam pokok di halaman rumahnya. Setelah beberapa hari didapati pokok tersebut telah layu.
Soalan:
A. Beri satu lagi pemerhatian yang dapat dinyatakan berdasarkan keadaan pokok yang di tanam oleh Kasih.
Kaedah menjawab.
1. Kenalpasti pemerhatian utama yang telah diberi iaitu "pokok tersebut telah layu". Ingat pemerhatian ini tidak boleh diulang lagi.
2. Apa deria yang sesuai digunakan. Ia deria yang sesuai ialah mata (lihat), dan nyatakan apa yang dapat dilihat yang menunjukkan pokok itu telah layu.
Jawapannya:
- Daun pokok bewarna kuning.
- Banyak daunnya yang gugur.
* Ilustrasi/rajah pada kertas soalan sebenar tidak bewarna, jadi kamu kena bijak berfikir bagi menyatakan pemerhatian yang sesuai.
Selamat Maju Jaya. ;)
No comments:
Post a Comment