Pemahaman tentang kelas abad ke 21
Apakah erti sebenar kelas abad ke 21 yang selalu kita dengar di sekolah-sekolah? Adakah kelas yang penuh dengan teknologi terkini, canggih dan berhawa dingin.
Adakah ini kelas abad ke 21?
Jika kita memahami kelas abad ke 21 hanya seperti ini, jawapannya mungkin belum berapa tepat.
Cabaran Abad ke 21.
Bagi memahami kelas abad ke 21, perlu untuk kita melihat dahulu cabaran cabaran abad ke 21.
Erti sebenar bagi kelas abad ke 21 ialah, bagaimana untuk melengkapkan murid bagi menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi di abad ke 21.Ict merupakan sebahagian sahaja daripada elemen kelas abad ke 21.
Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melengkapkan kemahiran-kemahiran kritikal kepada murid untuk menghadapi cabaran abad ke 21.
Bagaimana?
Jangan terlalu berharap pada kecanggihan prasarana di kelas semata-mata, sedangkan banyak lagi aktiviti bagi membina kemahiran kepada murid yang boleh dilakukan.
Perkataan "tiada komputer, tiada kelas abad ke 21" jangan dijadikan alasan bagi tidak menjalankan aktiviti kelas abad ke 21. Aktiviti yang boleh diadakan seperti kerja berkumpulan, main peranan, lakonan, nyanyian, bersyair, berpantun, inkuiri penemuan, simulasi, pembentangan hasil dan lain-lain.
Selamat belajar di abad ke 21.
No comments:
Post a Comment