Thursday, February 25, 2016

Kelas Abad ke 21

Pemahaman tentang kelas abad ke 21

Apakah erti sebenar kelas abad ke 21 yang selalu kita dengar di sekolah-sekolah? Adakah kelas yang penuh dengan teknologi terkini, canggih dan berhawa dingin.

Adakah ini kelas abad ke 21?

Jika kita memahami kelas abad ke 21 hanya seperti ini, jawapannya mungkin belum berapa tepat.

Cabaran Abad ke 21.
 
Bagi memahami kelas abad ke 21, perlu untuk kita melihat dahulu cabaran cabaran abad ke 21.
 

Erti sebenar bagi kelas abad ke 21 ialah, bagaimana untuk melengkapkan murid bagi menghadapi cabaran-cabaran yang bakal dihadapi di abad ke 21.Ict merupakan sebahagian sahaja daripada elemen kelas abad ke 21.
        Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melengkapkan kemahiran-kemahiran kritikal kepada murid untuk menghadapi cabaran abad ke 21.


 Bagaimana?
Jangan terlalu berharap pada kecanggihan prasarana  di kelas semata-mata, sedangkan banyak lagi aktiviti bagi membina kemahiran kepada murid yang  boleh dilakukan. 
         Perkataan "tiada komputer, tiada kelas abad ke 21" jangan dijadikan alasan bagi tidak menjalankan aktiviti kelas abad ke 21. Aktiviti yang boleh diadakan seperti kerja berkumpulan, main peranan, lakonan, nyanyian, bersyair, berpantun, inkuiri penemuan, simulasi, pembentangan hasil dan lain-lain.

Selamat belajar di abad ke 21.
         

Friday, February 5, 2016

Monday, January 25, 2016

Satu lagi hasil daripada cikgu

Koleksi soalan format terkini boleh didapati di kedai-kedai buku di bawah penerbitan Bagus.

Tuesday, January 12, 2016

Buku Praktis Sains Tahun 6

Alhamdulillah, buku praktis sains Tahun 6 yang cikgu tulis telah diterbitkan, boleh dapatkan di kedai buku berdekatan di bawah penerbitan Pelangi . ;)

Friday, January 8, 2016

Monday, January 4, 2016

Format UPSR Sains 2016

Berikut adalah format baru bagi kertas sains UPSR 2016.

Bersama guru-guru Sekolah Rendah Agama Integrasi , Beranang

Bengkel kemahiran berfikir aras tinggi dan format UPSR sains 2016.