Tuesday, April 29, 2014
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)/HOTS
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTs)
adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pembelajaran dan pengajaran
sains pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai KBAT
bermula Januari 2013.
APA ITU KBAT
Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan
untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu.
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak
analisa, menilai dan
mencipta)
mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
TEKNIK PENYOALAN
SOALAN
BERKESAN
1. Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan
tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan perkataan
yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (meransang pemikiran
dan tindak balas)
5. Menyoal
siasat
(melibatkan urutan atau soalan yang membimbing dan terperinci)
6. Skop
terhad
(soalan yang bercapah akan mengelirukan)
7.
Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)
KESILAPAN UMUM SEMASA PROSES PENYOALAN
1. Tanya terlalu banyak soalan pada
masa yang sama
2. Tanya soalan kemudian
menjawabnya sendiri
3. Tanya soalan hanya kepada
pelajar yang pandai di dalam kelas
4. Tanyakan soalan yang sukar
terlalu awal
5. Tanya soalan yang tidak ada
kaitan
6. Selalu tanya jenis soalan yang
sama
7. Memberi masa untuk murid
berfikir sebelum menjawab soalan
*Bahan berasaskan modul PdP KBAT.
Subscribe to:
Posts (Atom)