Sunday, August 30, 2015

Pecutan akhir UPSR@mmu Melaka


Bersama murid-murid di MMU Melaka di seminar pecutan akhir

Friday, August 21, 2015

Menjawab soalan hubungan yang mempunyai pelbagai pola

Soalan yang melibatkan pelbagai pola:
a. Pola bayang-bayang apabila masa meningkat.
b. Pola perubahan fasa-fasa bulan.
c. Pola perubahan gerhana matahari dan bulan.

Situasi bagi fenomena di atas melibatkan dua pola apabila masa semakin meningkat.

Contoh soalan:
Rajah menunjukkan perubahan panjang bayang-bayang yang direkodkan sehingga pukul lima petang.

Soalan:

A. Nyatakan hubungan yang dapat dinyatakan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kajian itu.

Cadangan jawapan:

Semakin meningkat masa sehingga pukul 12.00 pm , semakin menurun panjang bayang-bayang dan kemudian bertambah panjang sehingga pukul 5.00 pm.

Tips:
Nyatakan semua pola dengan betul dalam ayat hubungan.

Pemerhatian Lain

 TIPS.
1.Menyatakan pemerhatian lain yang dapat dinyatakan.
2.Tidak boleh mengulang semula pemerhatian utama yang telah dinyatakan.
3. Tulis jawapan berdasarkan deria yang sesuai bagi pemerhatian :
      a) Mata (lihat).
      b) Telinga ( dengar)
      c) Kulit ( sentuh)
      e) Hidung (bau)
      f) Lidah (rasa)

Contoh:

Kasih telah menanam pokok di halaman rumahnya. Setelah beberapa hari didapati pokok tersebut telah layu.

Soalan:

A. Beri satu lagi pemerhatian yang dapat dinyatakan berdasarkan keadaan pokok yang di tanam oleh Kasih.

Kaedah menjawab.
1. Kenalpasti pemerhatian utama yang telah diberi iaitu "pokok tersebut telah layu". Ingat pemerhatian ini tidak boleh diulang lagi.
2. Apa deria yang sesuai digunakan. Ia deria yang sesuai ialah mata (lihat), dan nyatakan apa yang dapat dilihat yang menunjukkan pokok itu telah layu.

Jawapannya:
- Daun pokok bewarna kuning.
- Banyak daunnya yang gugur.

* Ilustrasi/rajah  pada kertas soalan sebenar tidak bewarna, jadi kamu kena bijak berfikir bagi menyatakan pemerhatian yang sesuai.

Selamat Maju Jaya. ;)

Friday, August 14, 2015

Jawab dengan ayat tepat dan betul

Calon-calon UPSR, ingat. Jawab soalan soalan yang dikemukakan dengan ayat yang betul dan tepat.

Contoh:

Rajah menunjukkan jarak antara dua buah planet dari Matahari.

Soalan:

1a. Apakah hubungan yang dapat dinyatakan tentang jarak dan masa yang  diambil oleh planet mengelilingi Matahari.
Jawapan salah:
Semakin jauh jarak  planet , semakin lama masa yang diambil.
Ulasan: Ayat jawapan tidak menjelaskan dengan tepat tentang jarak planet dari matahari.
Jawapan betul:
Semakin jauh jarak planet dari matahari, semakin lama masa mengelilingi matahari.

Ulasan: Ayat jawapan dengan maksud yang tepat.

Bagi soalan beraras tinggi (KBAT), ketepatan ayat dan maksud sangat penting. Pemeriksa kertas soalan akan memberikan markah berdasarkan ketepatan dan maksud yang tepat.

Selamat Maju Jaya ;)







Thursday, June 18, 2015

Kenali soalan "HOTS" dan cara menjawabnya

Ciri-ciri soalan KBAT .
1. Rangsangan soalan sangat sedikit.
3. Perlukan proses berfikir yang kritis dan kreatif.
2. Jawapan paling tepat diperlukan untuk mendapat markah.

Contoh:

Soalan 1

Pada waktu tengahari yang cerah , tiba-tiba keadaan suasana bertukar seperti malam.

Berdasarkan penyataan tersebut berikan satu inferens.

Cara menjawab:

- Soalan ini ialah soalan inferens, iaitu memberikan alasan yang munasah berdasarkan pemerhatian yang dilihat.

Pemerhatian : Tengahari cerah bertukar seperti malam.

Jawapan tepat :

Tengahari yang cerah keadaan bertukar seperti malam kerana berlaku kejadian gerhana matahari penuh ketika itu.


Kesilapan yang sering dilakukan ialah , murid sekadar menjawab berlakunya kejadian gerhana matahari.
Perlu di ingat bahawa fenomena gerhana matahari mempunyai banyak fasa-fasa gerhana dan yang menyebabkan keadaan gelap sepenuhnya hanya pada fasa gerhana matahari penuh.

Selamat maju jaya.



Monday, May 11, 2015

Pembentangan hasil penilaian IBSE dalam pengajaran sains


Pembentangan telah dibentangkan oleh Akademi Sains Malaysia mengenai dapatan kajian penggunaan inkuiri di dalam pengajaran sains di empat buah sekolah rintis. Dapatan  yang telah diperolehi menunjukkan murid yang menjalankan kaedah inkuiri mendapat markah yang lebih baik berbanding murid lain.

Pelancaran Minggu Sains SK Tasek Permai

 Perasmian oleh Pn Suriati Bt Surat (GPK Kurikulum)

 Peserta pertandingan Roket Air



Pertandingan Roket Air 2015

Friday, April 3, 2015

Monday, March 9, 2015

Hati-hati dengan soalan berkait

Ya, hati-hati apabila menjawab soalan berkait. Kenapa? soalan jenis ini memerlukan penelitian yang lebih berbanding soalan biasa.
Di bawah ini cikgu tunjukkan contoh soalan berkait yang keluar pada UPSR tahun 2014 lalu.
Cuba perhatikan soalan di (b) dan (c).
Dalam jawapan bagi soalan (b) dan (c) ia perlu mempunyai kaitan dengan jawapan di 1 (a).
Sekiranya jawapan di (b) dan (c) tidak dikaitkan dengan jawapan di (a), maka ia akan menyebabkan kehilangan markah.

Contoh:
1 (a) . Air sungai K keruh kerana banyak sisa toksid di buang ke dalam sungai K.

maka jawapan di (b) dan (c) mestilah ada kaitan dengan sebab banyak sisa toksid di buang

1(b) Air sungai berbau busuk  (*relevan dengan pembuangan sisa toksid)

1(c) Semakin banyak sisa toksid dibuang ke sungai K semakin keruh air sungai K.

Ingat, hati-hati. :)

Monday, February 16, 2015

"Menggambar Nota"

Assalamualaikum, saya sering ditanya bagaimana kaedah untuk membantu anak-anak murid mengingat fakta atau perkara yang telah dipelajari.
Untuk itu saya telah mencipta satu kaedah iaitu "Menggambar Nota". Apa dia kaedah "Menggambar Nota". Secara mudahnya, kaedah ini menjadikan benda-benda yang berada di sekeliling murid sebagai nota.

Bagaimana dan kenapa?
1. Gambar lebih mudah diingat berbanding nota-nota yang panjang.
2. Gambar dapat membantu proses mengingat semula (recall) dengan lebih baik.

Ada dua kaedah yang saya gunakan:
1. Gambar mengikut topik-topik.
2. Gambar mengikut imaginasi murid.

Syarat:
1. Gambar yang mudah, ringkas.
2. Gambar yang senang diingat (Yang berada di sekeliling kita)

Contoh Menggambar Nota:

Ingat ya, bukan nota bergambar tetapi menggambar nota. Setiap kali murid memandang pokok bunga maka mereka akan mengingat semula tentang keperluan asas bagi tumbuhan dan apabila mereka bermain bola maka tajuk daya dapat diingat semula.
Mari kita jadikan semua benda di sekeliling kita sebagai nota bergerak. :)


Tuesday, January 13, 2015

Latih Anak Kita Berfikir

Dalam zaman yang lebih mencabar di masa akan datang kemahiran berfikir merupakan senjata utama yang perlu ada pada setiap individu bagi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih baik.
Pihak Kementerian Pelajaran kini juga amat menitikberatkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid melalui pelbagai program dan kaedah pengajaran yang lebih baik.
Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak Kementerian Pelajaran dan sekolah sahaja. Bantu anak kita berfikir.

Mana satu situasi di bawah  yang akan menggalakkan anak kita berfikir ya?