Assalamualaikum pada semua anak murid cikgu.
UPSR tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi, sudah sedia?
Di sini mari kita bincangkan sedikit teknik untuk menjawab soalan Science / 018.
Bahagian A
1. Pastikan kamu kuasai semua fakta dan kandungan yang ada di dalam buku teks sains. Semua soalan yang akan keluar tidak mungkin lari dari topik dan kandungan yang ada di dalam buku teks dan sukatan pelajaran.
2.Kuasai dahulu kandungan buku teks dan sukatan kemudian barulah beralih pada buku rujukan lain.
3.Ingat ! hanya fakta yang ada dalam buku teks dan sukatan sahaja yang akan diuji, jadi elakkan dari mengingat fakta yang tidak perlu/belum perlu.
- Banyak soalan yang akan ditanya adalah dari kandungan Tahun 4 dan Tahun 5. Jadi, ulangkaji tajuk-tajuk pada tahun tersebut.
Bahagian B
1.Perkara pertama baca soalan betul-betul dan kenalpasti pembolehubah.
2.bulatkan/tandakan pembolehubah yang dikenalpasti (ingat, jangan salah memilih pembolehubah).
3.Ingat kata kunci bagi setiap jawapan:
Inferens [.....(pemerhatian)..... kerana ..........(sebab/alasan)......]
hubungan [ semakin ........(wtc).......semakin........(wto).......]
[ jika .......(wtc)......maka....(wto)....]
* ingat , sesuatu mesti berlaku dahulu barulah kesannya dapat dilihat.
Betul : makan dahulu barulah kenyang.
Salah : kenyang dahulu baru makan.
Tujuan [ untuk menyiasat hubungan di antara ....(wtc)....... dan .......(wto)......]
4. Bagi jawapan untuk soalan Rumusan atau Kesimpulan, kamu boleh berikan jawapan seperti menjawab soalan hubungan (jika ada trend yang boleh di ukur) . Sekiranya tiada pemerhatian yang dapat diukur, berikan jawapan kamu dalam bentuk fakta.
5. Pastikan trend bagi soalan Pola ditulis mengikut trend yang dapat diperhatikan ( jangan tertinggal).
Pesanan Cikgu
1. Ingat, tujuan ujian atau peperiksaan bukan untuk menggagalkan kamu.
2. Buat persediaan dan sentiasa berfikiran positif.
3. Tanya guru jika tidak faham serta-merta.
4. Ilmu ibarat seekor kijang , jika ia tidak ditambat akan larilah ia, maka catatlah semua perkara yang penting.
Jika kamu ada sebarang pertanyaan , khususnya bagi kertas Science / 018, emelkan pada cikgu di alamat mohdabaidi@gmail.com.
SAMPAI JUMPA LAGI.
No comments:
Post a Comment