Monday, March 25, 2013

Baca dan fahami soalan betul-betul

Selesai sudah Ujian Fasa 1 dalam bulan Mac, daripada post mortem yang dijalankan masih ada murid terkeliru dalam mencari pembolehubah dimanipulasi dan menyebabkan jawapan menjadi salah.

Contoh:
Ali dan Amin telah menjalankan satu ujikaji mengenai jumlah yis yang dicampurkan ke dalam adunan doh dan ketinggian doh itu mengembang.

                      Doh A                                   Doh B                                  Doh C
                     ( 3 g yis )                              ( 4 g yis)                                (5 g yis)

Keputusan selepas 30 minit adalah seperti berikut:

                           Doh                             A                         B                              C
                           Ketinggian Doh            4 cm                   5 cm                          6 cm

Kekeliruan yang terjadi:
Ramai calon menyatakan Adunan Doh sebagai pembolehubah dimanipulasi ( X )

Jawapan sebenar : Dimanipulasi ialah Jumlah Yis.

Ingat, pembolehubah dimanipulasi mestilah boleh mempengaruhi pembolehubah bergerakbalas.
Dalam kes ini, jumlah yislah yang telah mempengaruhi ketinggian doh  dan bukannya adunan doh.

1. Apakah tujuan ujikaji ini dijalankan, cuba jawab.

4 comments:

Abd Halim said...

Adakah terdapat perbezaan antara 'hubungan' dan 'kesimpulan'. Minta terangkan.

Anonymous said...

Jika menduduki ujian,bolehkah menjawab soalan dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris.

Contoh:

1:tanya tujuan
To investigate the relationship between…wtc…wto…

Nombor soalan yang sama tanya hubungan:
Semakin…semakin…

Boleh tak jawab macam ni?

Mohd Abaidi Mohd Noh said...

En Halim
1. hubungan - menyatakan perkaitan di antara 2 pembolehubah.
2. Kesimpulan - menyatakan fakta sains yg ditanya pada soalan (namum ayat utk kesimpulan boleh dinyatakan seperti ayat hubungan)

Mohd Abaidi Mohd Noh said...

En Ady Ritz
Boleh, tiada masalah