Saturday, March 3, 2012

Ceramah Teknik Menjawab Sains (018)


3 Mac 2012. Menyampaikan ceramah teknik menjawab soalan Sains di SK Pulau Meranti, Puchong. Diharap murid yang mengikutinya akan dapat menjawab dengan cemerlang di dalam ujian dan peperiksaan nanti. Terima kasih SK Pulau Meranti yang menjemput cikgu.

Tuesday, July 5, 2011

Mencari pembolehubah dalam masa 5 saat

Langkah 1
Cari perkara yang tak sama

Langkah 2
Tentukan yang mana berlaku dahulu sebagai (Wtc) yang berlaku kemudian  sebagai (Wto)

Contoh:
Ali telah menjalankan satu ujikaji tentang keperluan haiwan terhadap makanan.Dua ekor tikus yang sama diletakan di dalam sangkar A dan B. Sangkar A diberikan makanan sementara sangkar B tidak. Selepas 7 hari di dapati tikus A hidup dan B mati.

Boleh cari (WTC) dan (WTO) ?

Perkara yang berbeza = 1. A ada makanan , B tiada makanan.
                                       2. A hidup , B mati.

Di antara kehadiran makanan dan keadaan tikus selepas 7 hari, mana yang berlaku dahulu? Sudah tentulah makanan datang dulu diikuti dengan keadaan tikus.

Pemboleh ubah dimanipulasi (Wtc) = Kehadiran Makanan
Pembolehubah bergerakbalas (Wto) = Keadaan Tikus

Tuesday, June 14, 2011

Bagaimana menjawab soalan inferens

Apa itu inferens? Inferens adalah alasan atau sebab bagi sesuatu peristiwa yang dapat diperhatikan.

Tips menjawab:
1. kenalpasti jenis inferens, jitu atau bebas.
2. Tulis pemerhatian.
3. Jangan lupa kata hubung "kerana"

Contoh : (Pokok X mati) kerana (tidak mendapat air)
(pemerhatian) (alasan)

Apa maksud inferens jitu.
- Hanya satu sahaja alasan yang boleh diterima.

Apa maksud inferens bebas.
-Boleh beri lebih dari satu alasan yang logik dan saintifik.

Thursday, March 31, 2011

Bahagian A



Berikut adalah graf yang menunjukkan pecahan soalan yang keluar dalam bahagian A mengikut Tahun mulai dari tahun 2007 hingga 2010. Jadi bolehlah kita membuat penilaian dan persediaan berkenaan kepentingan topik mengikut Tahun.
Ingat, setiap fakta perlu diketahui dan dikuasai.Mulai sekarang murid-murid Tahun 6, selak-selaklah buku teks Tahun 4 dan 5.

Monday, July 19, 2010

Kesilapan yang sering calon lakukan ketika menjawab Bahagian B Science

1. Menyatakan pemerhatian yang salah.

2. Salah kenalpasti pembolehubah/variable.

3. Kesalahan menggunakan istilah.Berhati-hati dengan istilah agar maksud tidak berubah.Mentol hidup atau Mentol menyala?

4.Sebab/alasan yang diberikan terlalu umum bagi soalan inferens.

Kurang tepat: Pokok mati kerana tidak mendapat keperluan asas yang cukup.

Tepat : Pokok mati kerana tidak dapat cahaya matahari.

Science UPSR 2012

Assalamualaikum pada semua anak murid cikgu.
UPSR tinggal lebih kurang 6 bulan sahaja lagi, sudah sedia?
Di sini mari kita bincangkan sedikit teknik untuk menjawab soalan Science / 018.

Bahagian A
1. Pastikan kamu kuasai semua fakta dan kandungan yang ada di dalam buku teks sains. Semua soalan yang akan keluar tidak mungkin lari dari topik dan kandungan yang ada di dalam buku teks dan sukatan pelajaran.

2.Kuasai dahulu kandungan buku teks dan sukatan kemudian barulah beralih pada buku rujukan lain.

3.Ingat ! hanya fakta yang ada dalam buku teks dan sukatan sahaja yang akan diuji, jadi elakkan dari mengingat fakta yang tidak perlu/belum perlu.
- Banyak soalan yang akan ditanya adalah dari kandungan Tahun 4 dan Tahun 5. Jadi, ulangkaji tajuk-tajuk pada tahun tersebut.

Bahagian B
1.Perkara pertama baca soalan betul-betul dan kenalpasti pembolehubah.

2.bulatkan/tandakan pembolehubah yang dikenalpasti (ingat, jangan salah memilih pembolehubah).

3.Ingat kata kunci bagi setiap jawapan:

Inferens [.....(pemerhatian)..... kerana ..........(sebab/alasan)......]

hubungan [ semakin ........(wtc).......semakin........(wto).......]
[ jika .......(wtc)......maka....(wto)....]

* ingat , sesuatu mesti berlaku dahulu barulah kesannya dapat dilihat.
Betul : makan dahulu barulah kenyang.
Salah : kenyang dahulu baru makan.

Tujuan [ untuk menyiasat hubungan di antara ....(wtc)....... dan .......(wto)......]

4. Bagi jawapan untuk soalan Rumusan atau Kesimpulan, kamu boleh berikan jawapan seperti menjawab soalan hubungan (jika ada trend yang boleh di ukur) . Sekiranya tiada pemerhatian yang dapat diukur, berikan jawapan kamu dalam bentuk fakta.

5. Pastikan trend bagi soalan Pola ditulis mengikut trend yang dapat diperhatikan ( jangan tertinggal).

Pesanan Cikgu

1. Ingat, tujuan ujian atau peperiksaan bukan untuk menggagalkan kamu.

2. Buat persediaan dan sentiasa berfikiran positif.

3. Tanya guru jika tidak faham serta-merta.

4. Ilmu ibarat seekor kijang , jika ia tidak ditambat akan larilah ia, maka catatlah semua perkara yang penting.

Jika kamu ada sebarang pertanyaan , khususnya bagi kertas Science / 018, emelkan pada cikgu di alamat mohdabaidi@gmail.com.

SAMPAI JUMPA LAGI.


Monday, January 11, 2010

Go Malaysia....



Sudah agak lama tidak menulis di blog ini, maklumlah hujung-hujung tahun. Go Malaysia, teruskan perjuangan bola sepak tanah air. Tahniah kepada anak buah Rajagopal yg sejak akhir-akhir ini menunjukkan semangat bolasepak yang sekian lama ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak tanah air. Diharapkan perkembangan sihat ini dapat bertahan lama.Buat penyokong, teruskanlah sokongan anda......bravo..