Thursday, September 11, 2014

Panduan menjawab 3

Gambar menunjukan kedudukan ikan yang berada di satu kawasan pada dua waktu yang berbeza.

1. Apakah perkara yang dimalarkan di dalam kajian ini.

Kata kunci soalan ialah dimalarkan. Dimalarkan bermaksud perkara yang serupa/sama yang diperlukan dalam kajian tersebut.

Cadangan jawapan:
Jenis ikan

2. Nyatakan satu maklumat yang dapat diperhatikan.

Kata kunci soalan ialah satu maklumat. Berikan satu sahaja maklumat sama ada pembolehubah dimanipulasi atau bergerakbalas.

Cadangan jawapan:
Kedudukan ikan atau keadaan waktu

3. Berikan inferens yang dapat dinyatakan daripada kajian ini.

Kata kunci soalan ialah inferens. Menyatakan sebab yang logik bagi pemerhatian. Disebabkan cuma ada dua gambar sahaja maka pilihlah mana-mana satu sebagai pemerhatian, namun pilihlah pemerhatian yang kamu boleh fikirkan sebabnya dengan mudah.

Cadangan jawapan:
Ikan berada di dasar pada waktu siang kerana ikan sensitif terhadap cahaya/suhu panas.


7 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum cikgu. saya ada ank darjah 6 tahun ini-nk upsr.anak sya selalunya B & kadang2 je dpt A utk subjek sains sejak darjah 4.jadi,azam saya tahun ni,nak cuba ajarkan anak saya sendiri.saya terbaca tips2 cikgu di blog ni & nk mintak permission utk gunakan ilmu yg cikgu bagi tu.semoga Allah memberkati & merahmati cikgu selalu.doakan kejayaan kami juga ye cikgu..Jazakallah khairan kathira

Mohd Abaidi Mohd Noh said...

Boleh, saya doakan berjaya amin...

Ummuhha said...

Assalamualaikum cikgu. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Semoga perkongsian ini menjadi saham akhirat buat cikgu.

Unknown said...

Assamualaikum cikgu.nk mintak soalan sains untuk darjah 6 kalau cikgu ada.email saya wlr3487@gmail.com.semoga segala jasa dan budi cikgu diberkati Allah.

Unknown said...

Assamualaikum cikgu.nk mintak soalan sains untuk darjah 6 kalau cikgu ada.email saya wlr3487@gmail.com.semoga segala jasa dan budi cikgu diberkati Allah.

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu..

Mohon permission cikgu untuk saya copy ilmu yang cikgu share kat sini unutk rujukan anak saya. Terima kasih.

zaid said...

Assalamualaikum...mohon share utk murid-murid saya cikgu Abaidi